Biarlah Tangan Yg Menceritakan Apa Yg Tersirat Di Hati...

Sunday 20 November 2011

Bicara Tentang Jodoh...:)

Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobatkan sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang amat ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU..




Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku, jua hatimu apabila kali pertama kita BERPANDANGAN kelak..BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji Allah..aku SAYANG kamu kerana Allah...:)


*Jodoh itu di tangan Allah.. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha & pasrah atas segala ketentuan-Nya.. Insya-Allah, kebahagian dlm keimanan pasti mnjadi milik kita.. :) ~MM~

Saturday 9 July 2011

Jangan merendahkan orang lain...

Saudaraku...tidak ada manusia yg sempurna di atas muka bumi Allah ini selain Rasulullah SAW..Walau semulia dan setinggi mana pun darjat seseorang, pasti dia pernah melakukan dosa dan kesalahan. Kerana itu, tidak layak bagi kita menghina dan merendahkan org kerana kesalahan dan dosa-dosa yg pernah dilakukannya..Ketahuilah, ketika kita menghina dan merendahkan mereka, sebenarnya ketika itu pula kita telah merendahkan dan menghina diri kita sendiri. 
Hakikatnya..Ketika seseorang itu berdosa dan menyesali dosa-dosa yg dilakukannya, kemudian terus-menerus meminta ampun kpd Allah, berusaha utk menebus dosa-dosa tersebut dgn kebaikan, maka yakinlah, ketika itu pula Allah SWT akan mengangkat darjatnya. Difirmankan, "Hai orang-orang yg beriman, bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS At Tahriim [66]: 8).
Saudaraku..jgn pernah menghina dan merendahkan org lain kerana kekurangannya. Apalagi kalau sampai membuka rahsianya sehingga diketahui umum. Kita dianggap baik oleh org, hakikatnya kerana Allah masih menutup aib-aib kita. Jgn sampai anugerah Allah ini kita khianati. Menurut Rasulullah SAW, ketika kita gemar membuka aib org lain, maka Allah juga akan membuka aib dan kekurangan kita kpd org lain. Nauzubillah.
Secara konklusinya, bagaimanakah cara agar kita boleh bersikap profesional  apabila melihat diri sendiri  dan org lain, sehingga tidak terjebak ke dalam sikap merendahkan org lain dan menganggap diri kita mulia? Akuilah jasa dan kelebihan org lain. Beranilah mengakui kekurangan dan kesalahan diri. Lihatlah kekurangan diri sendiri serta lupakanlah jasa dan kebaikan diri yg pernah kita buat..

*Semoga bait-bait di atas dpt dijadikan pengajaran bersama...Wallahualam...~MM~

Semester 5..

Sudah sebulan bercuti.. Tak terasa lgsung... Nampaknya lg sehari sj aku dpt berehat di rmah...Isnin ini, bermulalah perjalananku sebagai seorang pelajar@penuntut... Semester 5!! Ini bermaksud aku hnya tnggal 2 Semester sj lg utk menamatkan Diploma aku...:) ya Allah, sngguh cpt masa berlalu....Ke manakah arah aku selepas tamat Diploma nanti? Aku sendiri x pasti... Aku serahkan segalanya kpd Allah kerana hnya Dia yg mengetahui apa yg terbaik buat diriku... mungkin aku lebih ke arah jurusan Pendidikan? atau masih di laluan yg sama iaitu Teknologi Maklumat? atau mungkin Perubatan? ish...x mungkin berlaku...:) Biarlah perkara ini dilupakan buat sementara waktu... Yg paling penting, tumpukan perhatian hingga tamat pengajian Diploma aku pd jun/2012..Buat sahabat-sahabat perjuanganku, Teruskan perjuangan kalian! Aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama...Amin...:) 

*Berdoalah, Berusahalah, Berikhtiarlah & Bertawakallah kpd Allah...hnya itu jalan yg Terbaik utk menuju Kejayaan...~MM~

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...Alhamdulillah, siap sudah sebuah blog sendiri hasil olahan dan kreativiti sy sendiri...Sebenarnya, tujuan blog ini dibuat adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yg tersurat dan tersirat sepanjang perjalanan hidup sy dan org2 di sekeliling yg sy rasa dpt dijadikan pengalaman buat kita bersama...Di samping itu, akan sy coretkan sedikit kata-kata motivasi dan ayat-ayat hikmah yg dpt kita jadikan pengajaran bersama.. insya-Allah...Sekian, Wassalam...

*Yg baik itu datangnya daripada Allah dan yg buruk itu datangnya daripada sy sendiri...~MM~