Biarlah Tangan Yg Menceritakan Apa Yg Tersirat Di Hati...

Saturday 9 July 2011

Jangan merendahkan orang lain...

Saudaraku...tidak ada manusia yg sempurna di atas muka bumi Allah ini selain Rasulullah SAW..Walau semulia dan setinggi mana pun darjat seseorang, pasti dia pernah melakukan dosa dan kesalahan. Kerana itu, tidak layak bagi kita menghina dan merendahkan org kerana kesalahan dan dosa-dosa yg pernah dilakukannya..Ketahuilah, ketika kita menghina dan merendahkan mereka, sebenarnya ketika itu pula kita telah merendahkan dan menghina diri kita sendiri. 
Hakikatnya..Ketika seseorang itu berdosa dan menyesali dosa-dosa yg dilakukannya, kemudian terus-menerus meminta ampun kpd Allah, berusaha utk menebus dosa-dosa tersebut dgn kebaikan, maka yakinlah, ketika itu pula Allah SWT akan mengangkat darjatnya. Difirmankan, "Hai orang-orang yg beriman, bertaubatlah kpd Allah dgn taubat yg sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS At Tahriim [66]: 8).
Saudaraku..jgn pernah menghina dan merendahkan org lain kerana kekurangannya. Apalagi kalau sampai membuka rahsianya sehingga diketahui umum. Kita dianggap baik oleh org, hakikatnya kerana Allah masih menutup aib-aib kita. Jgn sampai anugerah Allah ini kita khianati. Menurut Rasulullah SAW, ketika kita gemar membuka aib org lain, maka Allah juga akan membuka aib dan kekurangan kita kpd org lain. Nauzubillah.
Secara konklusinya, bagaimanakah cara agar kita boleh bersikap profesional  apabila melihat diri sendiri  dan org lain, sehingga tidak terjebak ke dalam sikap merendahkan org lain dan menganggap diri kita mulia? Akuilah jasa dan kelebihan org lain. Beranilah mengakui kekurangan dan kesalahan diri. Lihatlah kekurangan diri sendiri serta lupakanlah jasa dan kebaikan diri yg pernah kita buat..

*Semoga bait-bait di atas dpt dijadikan pengajaran bersama...Wallahualam...~MM~

No comments:

Post a Comment